.

PENGETUA

PN. HJH. KHALIJAH BT. ABD. RAHMAN

Login Form

Articles

Kata Aluan Pengetua

Foto Pengetua-horz

 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Bandar Teknologi Hijau.

 

    Alhamdullilah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam laman web  ini.

 Sesungguhnya dengan berkat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua warga SMK Dato' Dol Said, pelbagai kecemerlangan dapat dicipta terutama kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah dalam kalangan pelajar. Justeru itu, setiap kecemerlangan yang diperolehi perlu dikekalkan agar anjakan paradigma dapat digembeling oleh semua pihak.

     Para pelajar merupakan generasi pelapis yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan. Dengan itu, menjadi kewajipan kepada pelajar untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar tidak tercicir di zaman serba moden ini terutama dalam bidang teknologi maklumat.

     Akhir kata, saya berharap agar SMK Dato' Dol Said dapat mengekalkan dan meningkatkan prestasi kecemerlangan di peringkat yang telah dicapai sebelum ini. Semoga seluruh warga SMK Dato' Dol Said akan terus mengorak langkah dengan penuh yakin dan berani untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah harian yang terbilang di Malaysia di samping terus menonjolkan kecemerlangan akademik di samping terus menonjolkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar bagi melahirkan modal insan yang cemerlang untuk negara.