.

PENGETUA

PN. HJH. KHALIJAH BT. ABD. RAHMAN

Login Form

Articles

Lencana Sekolah

smk dds

 

LOGO SEKOLAH

 

Maksud warna dan simbol pada logo :

 

Biru        :    Melambangkan keharmonian dan kesejahteraan dalam suasana pendidikan moden.

Merah    :    Melambangkan kegigihan dan semangat ingin mencuba sesuatu yang baru menerima teknologi berkomputer.

Kuning   :    Melambangkan martabat ilmu dan pendidikan berada di tempat yang paling tinggi dalam diri setiap individu.

Hijau      :    Melambangkan budaya baru yang segar dalam sistem pendidikan dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

 

Rekabentuk lambang direka dari dua gabungan bentuk : iaitu sebuah komputer yang telah distailkan dan litar bersepadu. Garisan yang menghubungkan bulatan kecil dengan bulatan besar berdasarkan konsep litar bersepadu yang terdapat dalam setiap alat elektronik. Simbol manusia dalam skrin monitor melambangkan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan sekolah dalam ruang lingkup pendidikan canggih, bertepatan dengan status Sekolah Bestari.